KATA ADJEKTIF
Dalam bahasa Melayu kata adjektif turut dikenali sebagai kata sifat. Kata adjektif ini merupakan kata sifat yang menerangkan keadaan atau sifat kata nama atau frasa nama. Kata adjektif ini berbeza dengan kata nama dan kata kerja. Hal ini demikian kerana, kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sungguh, sangat, paling, sekali, terlalu, agak, benar dan lain-lain lagi.
Contoh :
1- Amat besar
2- Amat kecil
3- Rendah sungguh
4- Paling pandai
5- Sangat pendek
6- Terlalu lambat
7- Agak lama
8- Jauh benar
9- Cepat sekali
10- Agak baharu
Kata nama dan kata kerja tidak boleh mendahului kata penguat dan jika ianya berlaku maka ayat yang terhasil tidak gramatis dan kelihatan janggal
Contohnya :
1- Amat pisang
2- Sungguh universiti
3- Sangat rambutan
4- Paling rumah
5- Kapal sekali
6- Amat makan
7- Sangat menyanyi
8- Paling memukul
Kata adjektif ini terbahagi lagi kepada beberapa jenis kata adjektif iaitu :
1) Kata adjektif sifatan atau keadaan
~Budak baik itu selalu mendapat pujian daripada guru sekolahnya
2) Kata adjektif warna
~Rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain
3) Kata adjektif ukuran
~Pokok itu renek kerana kekurangan baja
4) Kata adjektif bentuk
~pinggan bentuknya leper
5) Kata adjektif waktu
~mereka sangat gemar akan makanan segera
6) Kata adjektif jarak
~Pensyarah itu tinggal dekat dengan rumah saya
7) Kata adjektif cara
~Pengetua sekolah kami menasihati kami supaya senantiasa cepat
8) Kata adjektif perasaan
~Haiwan pun sayang akan anaknya
9) Kata adjektif pancaindera
~Kucing comel itu kucing kesayangan Maria
Kata adjektif tunggal
Kata adjektif tunggal ini wujud dalam satu bentuk kata tunggal atau satu perkataan sahaja. Selain itu, kata adjektif tunggal ini juga wujud dalam bentuk kata dasar iaitu tanpa gabungan dengan imbuhan atau mengalami proses penggandaan.
Contohnya :
1. Gadis cantik itu melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris
2. Tempat itu bersih dan menarik
Kata adjektif terbitan
Terbentuk apabila adjektif dasar menerima imbuhan seperti awalan, apitan, dan sisipan melalui proses yang berikut.
Contohnya :
*imbuhan awalan ter-
-imbuhan awalan ter- boleh dipakai pada kata adjektif untuk mendukung maksud darjah kepalingan atau darjah penghabisan.
Ter + cantik =Tercantik (paling cantik)
-Antara ramai gadis, Marisa terpilih sebagai gadis tercantik pada malam itu.
Kata adjektif berganda
Kata adjektif berganda terbahagi kepada dua iaitu kata ganda penuh dan kata ganda berentak.
Kata ganda penuh : boleh diterbitkan dengan cara menggandakan kata adjektif tunggal untuk mendukung maksud keadaan sifat yang menyeluruh.
Contohnya :
Kecil-kecil, besar-besar, tinggi-tinggi, putih-putih dan bijak-bijak
1- Buah durian itu kecil-kecil lagi
2- Pegawai keselamatan di pejabat itu badannya besar-besar.
3- Warna bajunya kebiru-biruan
4- Pakaian pengantin itu warnanya kekuning-kuningan.
Kata ganda berentak : diterbitkan dengan cara kata adjektif dasar digandakan dengan cara berentak, iaitu diganda dengan mengalami penyesuaian bunyi atau perubahan bunyi yang sesuai dengan kata adjektif dasar.
Contohnya :
Bengkang-bengkok, compang-camping, haru-biru, kusut-masai, segar-bugar
1- Jalan dari Bandar ke gunung itu bengkang-bengkok bagai ular kena palu
2- Pakaian pengemis itu kotor dan compang-camping.
3- Kampung itu menjadi haru-biru setelah diserang lanun
4- Ketiga-tiga orang anaknya kelihatan segar-bugar belaka.
Kata adjektif majmuk:kata adjektif majmuk terhasil daripada dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.
Contohnya :
Hijau daun, merah jambu, biru laut
1- Warna hijau daun adalah warna pilihannya
2- Gadis itu memakai baju berwarna merah jambu
No comments:
Post a Comment